PROFIL

 Insight4Outdoor Consultant telah ditubuhkan pada 3 Mac 2008. Pada masa itu syarikat lebih menumpukan kepada perkhidmatan motivasi dan jati diri.  Setelah menimba banyak pengalaman dan juga mengikuti kursus-kursus bagi meningkatkan keupayaan diri dalam mengendali aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi. Insight4Outdoor Consultant beroperasi di No 3, Jln DG 1/4 Taman Desa Gemilang, Kg Pusu 53100 Gombak.
Bagi memudahkan lagi urusan serta mengikut perkembangan Insight4Outdoor Consultant telah melancarkan laman blogspot dan facebooknya sendiri. Segala maklumat semasa dan perkembangan program akan datang sentiasa dikemaskini dimuat turun dalam blog dan facebook. Pelanggan boleh melayari Laman blog kami iaitu www.insight4outdoor.blogspot.com / www.facebook.com/didikikhtiar

MOTTO SYARIKAT
“EXPERIMENT, EXPERIENCE, ENRICH”

VISI SYARIKAT 
Insight Four Outdoor Consultant akan menjadi penganjur, badan pengurusan dan kepimpinan aktiviti luar bertaraf spesicialist dan profesional menjelang tahun 2020.

MISI SYARIKAT
  1. Meningkatkan kecekapan para jurulatih dan penceramah
  2. Melengkapkan prasarana aktiviti yang bermutu dan selamat
  3. Memperluaskan kawasan khas untuk menjalankan aktiviti
  4. Memberi peluang kepada penyertaan yang ramai daripada pelbagai golongan 
  5. Menghasilkan kerja yang berkualiti dan kreatif untuk setiap program dan  projek yang dikendalikan. 
  6. Menyediakan satu alternatif bagi pengemar aktiviti-aktiviti lasak dan kembara untuk bersama-sama meneroka kebolehan dan keupayaan diri dari segi mental mahupun fizikal. 
  7. Memberi khidmat nasihat dalam pembelian peralatan outdoor dan membekalkan bahan berkualiti dan selamat. 
  8. Menjalankan perlaksanaan operasi perkhidmatan mengikut ”standard operation procedure” yang ditetapkan

Insigh4Outdoor Consultant memiliki kepakaran serta berkeupayaan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi yang melibatkan sekolah, IPT, Pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat serta berpengalaman dalam mengendalikan aktiviti diperingkat antarabangsa  . Insight4Outdoor Consultant juga berupaya mengendalikan pelbagai aktiviti-aktiviti lain seperti  aktiviti aras tinggi, flying fox, wall climbing, paintball, aktiviti darat, mendaki gunung , Orienteering, berbasikal, aktiviti air, Pelancongan Rekreasi, Kursus Kepimpinan untuk Pemimpin Pelajar serta pelbagai lagi.
Insight4Outdoor Consultant memiliki kelayakan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang berisiko tinggi setelah mendalami dan menimba pengalaman dari pelbagai agensi-agensi yang di iktiraf. Kursus-kursus pengurusan LDK, Scuba diving( PADI ), Alam Sekitar( Jabatan Alam Sekitar ) , Orienteering 
( Persatuan Orienteering Malaysia ), Kayak (MASKAR ), Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Kejurulatihan Pendidikan Luar (KBS), dan Kejurulatihan Kokurikulum (KPM). Pesatuan Menyelamat dan kelemasan Malaysia, dan Persekutuan Mendaki Malaysia.